Sabtu, 29 Mei 2021

CATATAN SEJARAH HIDUP RASULULLAH ﷺ

 

OLeH: Ustadz M. Lukmanul Hakim

•┈•◎❀★❀◎•┈•
❀ M a T e R i ❀
•┈•◎❀★❀◎•┈•

💎CATATAN SEJARAH HIDUP RASULULLAH ﷺ

Author: M. Lukmanul Hakim

🔹BIODATA RASULULLAH ﷺ

✓ Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalibs bin Hashim.

✓ Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; karena peristiwa tentara bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’bah).

✓ Tempat lahir : Di rumah Abu Thalib, Makkah Al-Mukarramah.

✓ Nama bapak : Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim.

✓ Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf.

✓ Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapak Rasulullah ﷺ).

✓ Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

✓ Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah, suaminya bernama Abu Kabsyah).

🔸USIA 5 TAHUN

> Peristiwa pembelahan dada Rasulullah ﷺ yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

🔸USIA 6 TAHUN

> Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rasulullah ﷺ)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muththalib.

🔸USIA 8 TAHUN

> Datuknya, Abdul Muththalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapak saudaranya, Abu Thalib.

🔸USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

> Bersama bapak saudaranya, Abu Thalib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

> Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

🔸USIA 20 TAHUN

> Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’, jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad ﷺ ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

> Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang didzalimi di Makkah.

🔸USIA 25 TAHUN

> Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

> Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

> Baginda ﷺ bersama-sama Abu Thalib dan beberapa orang bapak saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

> Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

🔸USIA 35 TAHUN

> Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Ka’bah.

> Pembinaan semula Ka’bah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.

> Rasulullah ﷺ diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

🔸USIA 40 TAHUN

> Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

🔸USIA 53 TAHUN

> Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.

> Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.

🔸USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah ﷺ di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah / 8 Juni 632 Masehi.

🔹ISTRI-ISTRI RASULULLAH ﷺ

>  Khadijah Binti Khuwailid.
>  Saudah Binti Zam’ah.
>  Aisyah Binti Abu Bakar (anak Sayyidina Abu Bakar).
>  Hafsah binti ‘Umar (anak Sayyidina ‘Umar bin Al-Khattab).
>  Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
>  Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
>  Zainab Binti Jahsy.
>  Maimunah Binti Harith.
>  Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
>  Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’, Ibu Orang Miskin).

🔹ANAK-ANAK RASULULLAH ﷺ

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

🔹ANAK TIRI RASULULLAH ﷺ

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah at-Tamimi (anak kepada Sayyidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika menikah
dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

🔹SAUDARA SESUSU RASULULLAH ﷺ

★ IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah → Hamzah
2. Abu Salamah → Abdullah bin Abdul Asad

★ SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah → Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Muthallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
3. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
4. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza

🔹Bapak Dan Ibu Saudara Rasulullah ﷺ
(Anak-anak Abdul muththalib)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah 
5. Al-Abbas 
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka’bah
9. Hijl
10. Dhirar *
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) *

* Masuk Islam
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah ﷺ:
”Sesiapa yang menghidupkan sunnah ku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku Dan sesiapa yang mencintai aku niscaya dia bersama-samaku di dalam surga.”
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

◾Nabi Muhammad ﷺ – Manusia Agung

KENALI NABI MUHAMMAD ﷺ SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fisik baginda, sehingga seorang ulama Yahudi yang  bertemu pertama kalinya dengan Baginda lantas melafadzkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

🔹Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

~ Aku belum pernah melihat lelaki yang segagah Rasulullah ﷺ.

~ Aku melihat cahaya dari lidahnya.

~ Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

~ Rasulullah ﷺ jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

~ Rasulullah ﷺ umpama matahari yang bersinar.

~ Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah ﷺ.

~ Apabila Rasulullah ﷺ berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.

~ Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

~ Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

~ Wajahnya seperti bulan purnama.

~ Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

~ Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

~ Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

~ Garis-garis merah di bagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bagian sudut.

~ Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

~ Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

~ Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bagian depan.

~ Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

~ Janggutnya penuh dan tebal menawan.

~ Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

~ Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

~ Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya..

~ Rambutnya sedikit ikal.

~ Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.

~ Rambutnya terbelah di tengah.

~ Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

~ Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.

~ Seimbang antara kedua bahunya.

~ Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik.

~ Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

~ Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

~ Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

~ Terlalu sedikit daging di bagian tumit kakinya.

~ Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.

~ Warna putihnya lebih banyak.

~ Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

~ Warna kulitnya putih tapi sehat.

~ Kulitnya putih lagi bercahaya.

~ Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kokoh.

~ Badannya tidak gemuk.

~ Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi gagah.

~ Perutnya tidak buncit.

~ Badannya cenderung tinggi, jika berada di kalangan orang ramai Baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.

★ KESIMPULANNYA :

Nabi Muhammad ﷺ adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.

Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Wallahu a'lam

•┈••◎◎❀★❀◎◎••┈•
❀ TaNYa JaWaB ❀
•┈••◎◎❀★❀◎◎••┈•

0⃣1⃣ Safitri ~ Banten 
Ustadz, saat usia Rasulullah ﷺ 5 tahun, pada saat usia  tersebut beliau dibelah dadanya, apa Rasulullah ﷺ dibelah dadanya 2 kali pada usia 5 tahun dan pada perjalanan isra' miraj juga bukankah beliau dibelah dadanya juga?

🌸Jawab:
Iya, 2 kali pada usia 5 tahun dan pada saat Isro Mi'raj. Dimana Isra Miraj adalah perjalanan spiritual untuk bertemu langsung dengan Alloh ﷻ dan melihat singgasana-Nya. Maka sebelum melakukannya, ada rangkaian spiritual yang harus dilalui Rasulullah ﷺ lebih dulu.

Ritual spiritual dimulai ketika Malaikat Jibril, Mikail, dan Israfil turun ke bumi, menghampiri Rasulullah ﷺ di suatu malam. Dengan secepat kilat mereka membawa Rasulullah ﷺ ke sumur zam-zam di Mekah.

Kemudian mereka memperlakukan Rasulullah ﷺ dengan lembut dan meminta izin kepada beliau untuk membelah dadanya. Selanjutnya Jibril membasuh hati Rasulullah ﷺ dengan air zam-zam.

Jibril mengeluarkan wadah berisi iman dan hikmah. Ia menuangkan seluruh isi dalam wadah tersebut ke hati Nabi, sehingga ilmu hikmah, ilmu yakin, dan Islam telah mengkristal dengan hati Rasulullah ﷺ.

Persiapan sudah selesai, selanjutnya Rasulullah ﷺ dibawa oleh Para Malaikat menuju Sidratul Muntaha menggunakan kendaraan bernama buroq.

Wallahu a'lam

•┈•◎❀★❀◎•★•◎❀★❀◎•┈•
❀CLoSSiNG STaTeMeNT❀
•┈•◎❀★❀◎•★•◎❀★❀◎•┈•

Sahabat Perindu Surga yang Alloh ﷻ Muliakan, demikian kajian kita pada hari ini. Semoga Kisah hidup Rasulullah ﷺ menjadi tauladan bagi kita semua untuk lebih mendekatkan diri pada Alloh ﷻ.

Wallahu a'lam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar